Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika sakit

Assalamualaikum readers, 

I found an interesting reading online, "Doktor Dedeh Mengapa Hospital Makkah Sentiasa Sunyi, Tiada Pesakit" (For full article, please click here). 

Semua orang mesti pernah experience sakit. Inda kiralah sakit ringan atau sakit berat. Aku ketegori kan sakit ane ada 4 jenis: physical (seperti luka dan lebam), emotional (seperti putus cinta dan putus harapan), mental (seperti stres) dan gangguan lain (seperti perbuatan sihir, gangguan mahkluk halus). 

I won't go into details kan bercerita pasal penyakit itu dan ini, sakit dalam Islam, or pasal hikmah dan makna disebalik sakit ane. I am not the right person to discuss this matter. Diri ane bukan jua doktor atau tukang pandai ape hehe...tapi this post hanya sekadar ingin berkongsi ikhtiar yang dapat di lakukan jika ketani di timpa sakit, berdasarkan artikel di atas. Ikhtiar-ikhtiar yang dikongsikan ane harap dapat memberikan manfaat untuk diri sendiri and to you guys untuk sentiasa bergantung kepada Allah SWT semata-mata, ketika ingin mencari ubat bagi segala penyakit yang dihadapi. 




Perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika sakit:

1. Sebagai seorang Islam yang beriman, perkara yang paling penting dan utama (tetapi terlampau selalu ditinggalkan) ialan kita perlu mendirikan solat 2 rakaat dan memohon kesihatan yang baik dari Asy-Saafi (Yang Maha Penyembuh).


2. Berubat dengan al-quran. Dalam al-quran ada bacaan-bacaan yang boleh diamalkan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. One of the ways that we can always do is membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lain, kemudian ditiupkan pada air minuman. Kalau badan rasa panas, banyakkan selawat keatas Nabi SAW, kerana selawat merupakan penyejuk badan. 

Kalau sakit dapat dilihat, baca surah Al-Fatihah dan usupkan pada bahagian-bahagian badan yang luka atau sakit. 

Jika sakit yang tidak dapat dilihat, bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebagai penolak sihir. 


3. Bersedekah. Selain untuk menambahkan pahala, niatkan sedekah atu supaya diberi kesembuhan terhadap penyakit yang dihadapi. 


4. Perbanyakkan Istigfar. Menurut Nabi SAW, sakit ane merupakan salah satu sebab diampukan dosa. Jadi perbanyakkan istigfar untuk memohon keampuanan dari Allah SWT. 


5. Mengambil makanan-makanan yang dikenali dapat mengubati pelbagai penyakit, such as madu dan habatussauda. Kedua-dua makanan ane terkenal untuk mengubati macam-macam jenis penyakit. 

Selain dari madu dan habatussauda, boleh jua mengamalkan makanan-makanan lain yang disebut-sebut dalam al-quran (like buah tin, buah delima dan zaitun), herba-herba, buah-buahan dan sayur-sayuran lain. 


6. Ikhtiar terakhir, tapi paling awal sekali yang ketani selalu lakukan ialah membuat pemeriksaan di hospital atau klinik, dan berjumpa dengan doktor. 


In Sha Allah dengan melakukan perkara-perkara diatas, ketani akan diberikan kesembuhan dengan segera. Nabi SAW bersabda: 

"Sesungguhnya Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya akan penawarnya, maka hendaklah kamu semua berubat." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan an-Nasa'i).

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat 'menepati' penyakit maka berlakulah kesembuhan dengan izin Allah." (Hadis riwayat Muslim).


Semoga post ane bermanfaat.

Toodles, guys :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majlis Pertunangan Brunei: Tips Berjimat untuk majlis pertunangan

Majlis Pertunangan Brunei: Dokumen permintaan

Doa Ketika Sakit Belakang/ Pinggang/ Slip Disc