Fungsi bakul kecil di sinki masyarakat Jepun (Sankaku Koona)

Assalamualaikum readers,

I found another useful article to share here, which is boleh di praktikan di rumah, ofis, sekolah or mana-mana. As for myself, I do wish I can share this trick and tips to my family and friends.

Dalam artikel tersebut ada menyebut bahawa masyarakat Jepun sangat peka dengan kebersihan dan alam sekitar. Mereka telah di didik untuk tidak mengalirkan sisa makanan terus ke dalam sinki. 

Tujuan dan kebaikan pendidikan ini ialah:

  • Paip kumbahan di rumah tidak mudah tersumbat.
  • Kawasan persekitaran rumah inda berbau busuk dan mengurangkan kehadiran lalat.
  • Air yang telah digunakan mudah di rawat kerana tiada sisa pepejal bercampur.
  • Menjaga kebersihan sungai-sungai, pantai, dan laut daripada pencemaran.

Sistem Pengurusan Sinki Masyarakat Jepun 

Masyarakat Jepun telah mengamalkan sistem pengurusan sinki yang dikenali sebagai "Sankaku Koona". Mereka meletakkaan satu bekas kecil di sudut tiga segi di sinki bagi menerima buangan sisa makanan. Kemudian "Mizu kiri filter" atau penapis pemisah air disimpan dalam bakul untuk memisahkan sisa makanan dan bahan berair. 









Simple saja kan? Tapi benda ane sangat penting dan berguna. Bukan setakat untuk masayarakat umum di Malaysia, tapi di Brunei jua. 

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat. (All pictures are taken from article mentioned above).

Ulasan

Catat Ulasan