Kisah Abdul Rahman bin Auf yang ingin menjadi miskin

Assalamualaikum dear reader,
Biskita pernah mendengar sebuah kisah salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abdul Rahman bin Auf yang bercita-cita ingin menjadi seorang miskin? 
Pelik, kan? 
Ketani semua ingin mengejar kekayaan, sedangkan sahabat Rasulullah yang mulia ane bercita-cita mau menjadi miskin. Tujuan sahabat ini ingin menjadi miskin adalah disebabkan mengimpikan syurga Allah SWT. 

Abdul Rahman bin Auf r.a. telah mendengar dari Rasulullah SAW bahawa dia adalah orang yang akan masuk ke dalam syurga paling akhir sekali kerana kekayaannya. Ini kerana orang kaya paling lama dihisab. 
Sebaik sahaja mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a. pun ligat memikirkan bagaimana agar boleh menjadi miskin supaya dapat memasuki syurga awal. (Woah, hebat sahabat Rasulullah ane, nada langsung dalam hatinya mencintai dunia!)
Selepas peristiwa Perang Tabuk, kurma-kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harga kurma tersebut jatuh.
Abdul Rahman bin Auf r.a. mengambil kesempatan ini untuk menjual semua hartanya, dan kemudian memborong semua kurma busuk milik para sahabat dengan harga kurma yang bagus. 
Kurma yang menjadi khawatiran sahabat tidak laku, tiba-tiba laku keras kerana diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf r.a.
Sahabat gembira kerana semua dagangan laku.
Abdul Rahman bin Auf r.a. pun gembira sebab harapannya untuk jatuh miskin terlaksana. 
Abdul Rahman bin Auf r.a. berasa sangat lega kerana sudah menjadi miskin dan akan bakal memasuki ke syurga lebih awal. 
Namun...Subhanallah, plan Allah SWT memang hebat! 
Tiba-tiba datang sebuah utusan dari Yaman membawa berita bahawa Raja Yaman mencari kurma busuk. Rupa-rupanya pada ketika itu ada satu wabak penyakit yang menular di negeri Yaman. Ubat untuk penyakit tersebut adalah kurma busuk!
Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a. dengan harga 10x ganda dari harga kurma biasa. 
Maha benar firman Allah SWT:
For me, kisah ane sangat hebat Masha Allah. For one, I am amazed dengan sifat sahabat Rasulullah SAW ane yang sedikit pun inda takut untuk jatuh miskin semata-mata mengingin kan syurga. Dan lagi Abdul Rahman bin Auf RA ane sudah pun dijanjikan syurga tetapi masih lagi memikirkan macam mana kan masuk syurga lebih awal. Individu macam ane memang sangat hebat!

Kisah ane ada hikmah yang sangat besar jua. Ia kembali mengingatkan diriku sendiri bahawa Allah SWT Maha Pemberi rezeki. Jadi aku inda perlu takut jika sekiranya aku menemui kegagalan dalam sesuatu (e.g. untuk mendapatkan pekerjaan/ kekurangan dalam business/ failed di dalam pelajaran). Mungkin jua kegagalan atu sebenarnya akan membawa diri ketani kearah yang lebih baik.  Macam yang di dalam kisah ane, rezeki dari kurma yang busuk mendatangkan keuntungan yang lebih banyak kalau dibandingkan dengan kurma yang bagus. 
Samalah jua di dalam pekerjaan atau lain-lain usaha, kembalikanlah diri kepada niat awal ketani. Apakah tujuan asal ketani mau buat pekerjaan atau perusahaan atu? Mahu menolong keluarga, mahu berbakti kepada masyarakat etc. Jika niat ketani lurus, In Sha Allah akan di sampaikan niat ketani atu dengan cara yang indah sama macam kisah Abdul Rahman bin Auf yang mahu jatuh miskin untuk mendapatkan syurga; Allah SWT yang Maha Pemurah melipat gandakan kekayaannya, menjadikan beliau sebagai asbab untuk membantu para sahabat untuk melariskan dagangan dan sahabat ane tetap memperoleh syurga. 
Semoga cerita yang dikongsikan ane dapat menyuntik semangat ketika sedang menghadapi ujian didalam pekerjaan atau usaha biskita.
Toodles. 

Ulasan