Mentua Vs Menantu

Assalamualaikum wonderful reader,

While blog-hopping, I found this artikel Antara Isteri & Ibu Sendiri. I copied and pasted the content of the blog below:

Antara Isteri dan Ibu Sendiri


Note: Sekadar hiasan 
“Ustaz nak uji sikit boleh?” tanya Ustaz Wan kepada saya sambil tersenyum.

“Uji apa pula Ustaz?” tanya saya kehairanan.

“Uji tentang ilmu baitul muslim la, Sham kan tak lama lagi nak menamatkan zaman bujang.” 
Jelas Ustaz Wan. Masih tersenyum.

“Oh, kena uji-uji pula ye Ustaz, haa, tanyalah, saya ada juga baca buku, insyaallah boleh 
jawab soalan ustaz punya.” Balas saya dengan penuh keyakinan.

“Jangan yakin sangat.” Celah Ustaz Wan, seakan dapat membaca fikiran saya.

“Ok, Ustaz nak tanya, katalah tiba-tiba berlaku dalam rumahtangga, mak si lelaki minta 
anaknya untuk ceraikan isterinya, apa tindakan yang lelaki tersebut perlu buat?” 
Soal Ustaz Wan.

Saya terkejut, tidak sangka soalan begini pula yang dikeluarkannya.

“Ish Ustaz ni, pelik betul soalan, tak ada soalan lain ke.” Saya cuba membantah.

“Jawab soalan Ustaz yang ini dulu.” Arahnya, membuatkan saya menggaru kepala yang tidak
gatal.

“Hmm, tak boleh la kot Ustaz kan.” Saya berfikir dan menyerkap jarang. Menjawab dengan 
logik dan pengalaman yang mentah.

“Kalau Ustaz kata ada dalil dalam hadis yang membolehkan perkara ini berlaku, macamana?”
Saya tersentak.

“Eh, ada dalil, biar betul Ustaz?”

“Ustaz, saya ‘surrender’ lah, tak tahu lah nak jawab soalan begini, kalau tanya rukun nikah tu 
tahu la saya. Tapi, kenapa Ustaz tanya begini?” Saya menyerah kalah.

“Baiklah, Ustaz terang dulu kenapa Ustaz tanya.”

“Ikut pengalaman Ustaz, dan ramai juga kawan-kawan ustaz yang lain, banyak krisis 
rumahtangga yang berlaku akibat campurtangan ibu bapa dalam rumahtangga.”

“Akhirnya rumahtangga jadi kacau bilau bila suami tidak cukup ilmu, tidak ada pendirian
dalam rumahtangga untuk menangani krisis dengan ibu bapa hingga menyebabkan akhirnya 
banyak perceraian berlaku akibat campurtangan keluarga.”

“Tadi Ustaz kata ada dalil?” saya mencelah. Masih keliru.

“Benar, ada dalil dari hadis tentang pertanyaan sahabat kepada Rasul, ada juga kisah Nabi 
Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, juga ada dalil tentang Saidina Umar dan anaknya yang 
kesemua kisah ini menceritakan tentang arahan untuk menceraikan isteri.” Terang Ustaz Wan,
tanpa memperincikan hadis tersebut.

“Cuma, aplikasi dari kisah-kisah tersebut yang diriwayatkan daripada hadis, tidaklah boleh 
diaplikasikan terus dalam kehidupan umat Islam tanpa pemahaman yang jelas tentang 
banyak perkara.”

“Ketaatan kepada kedua ibu bapa memang suatu yang wajib, tapi tidak dalam bermaksiat 
kepada Allah. Terlalu menurut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas 
suatu perkara yang bercanggah dengan agama.”

“Nabi tidak pernah mengajar kita begitu kerana baginda adalah yang terbaik terhadap isteri-
isteri baginda dan pada masa sama insan yang paling tegas dalam menyuruh anak-anak 
untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Jelas Ustaz Wan, membuatkan saya termenung 
panjang.

Tidak saya sangka bahawa pesanan seorang murabbi 8 tahun yang lalu rupanya adalah 
realiti kehidupan rumahtangga yang saya lihat hari ini.

Banyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami 
mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami.

Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga 
segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan.

Ada pula yang mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri. Ibu bapa terluka, 
si anak terjatuh dalam lembah derhaka.

“Lepas kahwin nanti Sham, kena pandai dan kena kuat emosi dan rasional, kena ada 
pendirian.” Sambung Ustaz Wan lagi setelah melihat saya terdiam.

“Ustaz bagi contoh, kalau lepas kahwin, ibu suruh kita duduk serumah, hingga menimbulkan 
kegelisahan isteri sebab terkongkong dari segi aurat dengan ipar dan rasa tak selesa kerana 
selalu dinilai oleh mertua dalam apa jua tindakan.”

“Banyak kes begini berlaku, hingga menyebabkan isteri hilang sabar dan akhirnya menuntut 
cerai.”

“Dalam kes begini, suami kena pandai berbincang dan buat pertimbangan. Mungkin tak perlu 
tinggal serumah pun, hanya memadai dengan ziarah kerana ibu masih sihat dan ada anak-
anak lain yang menemani.”

“Lainlah kalau ibu sakit atau ada sebab-sebab dharuri yang memerlukan untuk tinggal sekali.”

“Jangan atas nama ‘Birr Walidain’ (berbuat baik kepada ibu bapa), kita menzalimi dan 
menyakiti hati isteri.”

“Kena ada pendirian, kena selalu berbincang bila ada masalah.”

“Begitu juga kalau isteri naik kepala. Merajuk tak tentu hala bila di ajak pulang ke kampung 
untuk menziarahi ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan perhatian. Tak suka untuk 
berbuat baik kepada ibu bapa suami.”

“Dalam kes begini, suami kena tegas dengan isteri. Kasih kepada isteri tidak harus 
menyebabkan ibu bapa dilukai hatinya. Jangan atas nama berbuat baik kepada isteri, hak ibu
bapa semuanya dilanggar.” Jelas Ustaz Wan lagi.

Saya mengangguk perlahan, dan hari ini saya mengangguk lagi mengingatkan pesanannya.

Banyak kes-kes perceraian yang berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin
berbeza, tapi puncanya adalah sama iaitu suami tidak ada ilmu dan tidak ada pendirian dalam
rumahtangga.

Gagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.

Lemah.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga,

baik sang suami, baiklah rumahtangga,

buruk sang suami, hancurlah rumahtangga.

Conclusion ku:

Artikel ane sangat deep and aku setuju dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz; 
dalam mentaati orang tua, sebagai seorang suami juga perlu menjaga hati isteri. 
I can relate to this because I am a wife and I lived with my in-laws. 

One of my colleagues pernah menasihati jua "In one house, there can't be two queens" 
hahaha....I find her advice atu amusing tapi ada banarnya jua. Peranan suami/ isteri 
perlu difahami dan dipertimbangkan. As a husband/ wife, we are responsible dalam 
membentuk our own nuclear family. Jika ada permasalahan atau ingin mengambil 
keputusan untuk the nuclear family, I believe the extended family (including parents) 
should not interfere dalam hal tersebut. Durang hanya boleh menasihati and should always
respect apa jua keputusan pasangan sumai-isteri atu

Semoga aku ne sentiasa muhasabah untuk menjadi isteri/ anak/ menantu/ ibu yang baik. 
And hope ambil positif saja dengan apa yang hendak disampaikan disini

Semoga bermanfaat.

Toodles ^^



Ulasan